LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

AKAUN CARUMAN PENCARUM WAJIB YANG TIDAK AKTIF

Selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Angkatan Tentera (Pengendalian dan Pembayaran Balik Caruman Bagi Akaun Dorman) 2009 yang berkuatkuasa pada 2 Mac 2009, akaun pencarum-pencarum LTAT yang diklasifikasikan sebagai akaun dorman akan diasingkan dan tidak lagi layak menerima dividen, bonus dan faedah-faedah lain dari LTAT. Pembayaran balik caruman bagi akaun dorman ini akan dibuat kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965 sekiranya masih tiada tuntutan pengeluaran dibuat di dalam tempoh 2 tahun berikutnya.

Berikut adalah nama-nama Pencarum Wajib (LLP) yang telah didormankan dan diharap tuan/puan dapat menghubungi LTAT dengan kadar segera bagi tuntutan bayaran balik. Sila berhubung terus dengan pegawai seperti dibawah untuk pertanyaan selanjutnya.

Suhaimi Mat Arshad (Eksekutif Kanan Pengurusan Caruman)
Arnis Juliana Anuar (Eksekutif Pengurusan Caruman)

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 2, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang 
Peti Surat 11542
50748 Kuala Lumpur

Talian Bebas Tol :- 1-300-88-5828 Samb. 318 & 278
Faks:- 03-21637988
Laman Sesawang: www.ltat.org.my


SENARAI NAMA PENCARUM YANG MENCARUM SECARA WAJIB (LLP) YANG TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI AKAUN DORMAN
*sila tekan Ctrl + F dan taip nama pencarum atau nombor tentera untuk carian yang lebih mudah.

Carian

Hubungi Kami

LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
[peta lokasi]
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646