LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

Visi

Menjadi sebuah organisasi pengurusan dana terkemuka yang memberikan pulangan pelaburan yang terbaik dan perkhidmatan yang cemerlang berteraskan kepada keperluan pelanggan.

Misi

Komited untuk mengoptimumkan faedah persaraan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera menerusi amalan dan standard yang terbaik.


Nilai Murni

  1. Integriti - Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai.
  2. Profesionalisme - Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi.
  3. Inovasi - Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru.
  4. Bekerja secara berpasukan – Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama.

Dasar Kualiti

LTAT adalah komited untuk menjadi sebuah organisasi berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota angkatan tentera  yang tinggi bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dari segi pemberian perkhidmatan dan pulangan wang caruman serta meningkatkan keberkesanan  sistem pengurusan kualiti secara berterusan.

Latar Belakang

Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang lebih dikenali dengan singkatan LTAT, telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

Caruman

Di bawah skim persaraan, pencarum wajib dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan kepada LTAT dan kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan. 

Carian

Hubungi Kami

LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
[peta lokasi]
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646