13 Mac 2023 Kenyataan Akhbar |
LTAT UMUM DIVIDEN 5% BAGI TAHUN 2022 SELARAS MISI 5:50
KUALA LUMPUR, 13 MAC 2023 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM476.45 juta bagi tahun 2022, disaksikan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Menteri Pertahanan. Ini menandakan peningkatan kadar dividen berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4.1% dengan jumlah pembayaran RM379.42 juta.