Latar Belakang
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 dengan dua objektif utama iaitu bagi mengadakan faedah persaraan dan faedah – faedah lain untuk Pegawai dan anggota lain – lain pangkat (LLP) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sebagai satu skim simpanan untuk pegawai dan anggota kerahan angkatan sukarela.
Visi
Kumpulan Wang Simpanan Yang Mampan
Misi
Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Para Pencarum Kami
Nilai Murni
Integriti
Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai
Profesionalisme
Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi
Inovasi
Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru
Kerja Berpasukan
Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama
Polisi Kualiti LTAT
Dasar Kualiti LTAT adalah seperti berikut:
LTAT komited untuk menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota Angkatan tentera yang tinggi dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Dengan itu, LTAT komited dengan melaksanakan yang berikut:
- Pembangunan Rangka Kerja Objektif Kualiti yang merangkumi:
- Piagam Pelanggan
- Pelan Pengurusan Pelanggan
- Mematuhi keperluan-keperluan yang berkaitan seperti keperluan akta, perundangan, dasar, standard dan Manual Operasi.
- Melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti dengan efektif ke arah penambahbaikan yang berterusan.
Piagam Pelanggan
Mengkredit dividen tahunan ke akaun ahli:
1 Hari selepas dividen diisytiharkan
Pembayaran pengeluaran caruman:
3 Hari (tertakluk pada maklumat yang lengkap)
Masa menunggu dikaunter:
15 Minit
Menghubungi pencarum yang meninggalkan pesanan telefon:
1 Hari bekerja
Memberi maklumbalas kepada pencarum (e-mel, myWira/ media sosial):
3 Hari bekerja
Memberi maklumbalas ke atas aduan diterima melalui surat:
5 Hari bekerja
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai organisasi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan yang profesional dan mencapai satu standard kualiti yang cemerlang bagi menjamin keselesaan pencarum merangkumi perkara-perkara berikut:-
- Mengurus kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara yang paling cekap dan mematuhi urus tadbir korporat yang baik untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara;
- Pemberian kadar dividen dan bonus yang tinggi hasil dari strategi pelaburan yang cekap dan berhemah;
- Memastikan sistem pengurusan kualiti kerja yang sesuai, mencukupi dan berkesan untuk mencapai kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Meningkatkan, mengenal pasti dan mewujudkan faedah-faedah baru untuk pencarum melalui konsep penambahbaikan berterusan;
- Memenuhi dan mengenal pasti kehendak pencarum melalui Borang Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan yang diedarkan kepada pencarum;
- Pembayaran pengeluaran tamat perkhidmatan diproses dalam tempoh 24 jam daripada tarikh LTAT menerima dokumentasi dan maklumat yang lengkap; dan
- Pembayaran pengeluaran perumahan diproses dalam tempoh 24 jam daripada tarikh LTAT menerima dokumentasi dan maklumat yang lengkap.