You are currently viewing PENSWASTAAN BOUSTEAD HOLDINGS RAIH MOMENTUM YANG KUKUH

PENSWASTAAN BOUSTEAD HOLDINGS RAIH MOMENTUM YANG KUKUH

17 Mei 2023 Kenyataan Akhbar | Korporat |
PENSWASTAAN BOUSTEAD HOLDINGS RAIH MOMENTUM YANG KUKUH

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2023 – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) merekodkan kemajuan dalam usaha untuk menswastakan Boustead Holdings Berhad (BHB). Pada masa ini, pegangan saham LTAT di dalam BHB adalah berjumlah 90.49% (yang dikumpulkan daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka dan penerimaan daripada pemegang saham melalui Tawaran). Bagi mengelakkan keraguan, pada tarikh Notis Tawaran, pegangan saham LTAT di dalam BHB adalah sebanyak 59.42%.