Aplikasi Pintar untuk Wira Kami

Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya.

Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

Muat turun aplikasi mudah alih MyWIRA anda sekarang!

“Demi Wira Kami”

Video Pengenalan

Paparan Aplikasi

Ciri-Ciri Utama

  1. Penyata Caruman – akses ke maklumat akaun caruman tahun semasa dan satu tahun sebelumnya.

  2. Pengeluaran – akses status permohonan pengeluaran, sejarah transaksi pengeluaran, senarai semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan pencarum.

  3. Unit Amanah – akses ke maklumat akaun unit amanah AHAM Capital Asset Management.

  4. Kalkulator – menganggarkan jumlah caruman menjelang tarikh persaraan untuk merancang simpanan persaraan dengan lebih baik.

  5. Pengumuman – paparan pengumuman terkini dari LTAT.

  6. Caruman Sukarela (Permohonan Kali Kedua) – membenarkan pencarum sukarela LTAT membuat permohonan caruman kali kedua.

  7. Caruman Sukarela (Perubahan Amaun) – membenarkan pencarum sukarela LTAT membuat perubahan amaun caruman.

  8. Program Manfaat – akses tawaran dan promosi eksklusif oleh Syarikat Kumpulan LTAT.

  9. MyWIRA Chatbot – Chatbot kami, MyRA sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat mengenai pengeluaran caruman LTAT dan akses ke senarai Soalan Lazim.

  10. Hubungi Kami – dapatkan maklumat lanjut berkenaan alamat, Pusat Panggilan, emel dan waktu operasi kami.

  11. Laman web LTAT – pautan ke laman web LTAT.