LTAT sentiasa komited untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dengan menyediakan pelbagai faedah kepada pencarum-pencarumnya. LTAT telah memperkenalkan Sistem i-Wira untuk perkhidmatan seperti berikut:
Menyemak penyata Caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya
Menyemak Dana Unit Amanah Affin Hwang
Menyemak sejarah pengeluaran caruman
Membuat aduan, pertanyaan dan cadangan
Pencarum yang ingin menggunakan Sistem Semakan Atas Talian hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu di ruangan Pendaftaran i-Wira.