
Latar Belakang
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 dengan dua objektif utama iaitu bagi mengadakan faedah persaraan dan faedah – faedah lain untuk Pegawai dan anggota lain – lain pangkat (LLP) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sebagai satu skim simpanan untuk pegawai dan anggota kerahan angkatan sukarela.

Visi
Kumpulan Wang Simpanan Yang Mampan

Misi
Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Para Pencarum Kami
Nilai Murni

Integriti
Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai

Profesionalisme
Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi

Inovasi
Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru

Kerja Berpasukan
Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama

Polisi Kualiti LTAT
Dasar Kualiti LTAT adalah seperti berikut:
LTAT komited untuk menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota Angkatan tentera yang tinggi dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Dengan itu, LTAT komited dengan melaksanakan yang berikut:
- Pembangunan Rangka Kerja Objektif Kualiti yang merangkumi:
- Piagam Pelanggan
- Pelan Pengurusan Pelanggan
- Mematuhi keperluan-keperluan yang berkaitan seperti keperluan akta, perundangan, dasar, standard dan Manual Operasi.
- Melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti dengan efektif ke arah penambahbaikan yang berterusan.
Piagam Pelanggan

Mengkredit dividen tahunan ke akaun ahli:
1 Hari selepas dividen diisytiharkan
Pembayaran pengeluaran caruman:
3 Hari (tertakluk pada maklumat yang lengkap)
Masa menunggu dikaunter tidak melebihi:
15 Minit
Menghubungi pencarum yang meninggalkan pesanan telefon:
1 Hari bekerja
Memberi maklumbalas kepada pencarum (e-mel, myWira/ media sosial):
3 Hari bekerja
Aduan pencarum diselesaikan:
5 Hari bekerja